BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Dr, saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya berkaitan dgn haid. Permasalahan yang dialami adalah haid wife saya biasanya hanya dalam 7 hari tetapi tanda coklat akan bermula sebelum dan juga selepas haid yang menyebabkan kalau dikira semua sekali akan berpanjangan sehingga 15-16 hari sebulan. Dalam bab berpuasa isteri saya tak pasti nak kira dari tarikh haid atau dikira dari tarikh tanda. Buat masa ini, semasa tanda wife saya stop solat dan baca Quran walaupun masih belum pasti. Wife saya ada merujuk kepada pendapat ini tetapi tidak pasti kesahihan utk diikuti http://medianda-news.blogspot.my/2016/08/para-kaum-wanita-baca-ini-ternyata-flek.html?m=1 Mohon pandangan Tuan Mufti untuk kami mendapat kepastian dan mengelakkan terus menerus berdosa kerana meninggalkan solat jika tidak dianggap haid untuk tanda coklat tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tanda berwarna coklat itu juga dikategorikan sebagai haid sebelum darah merah keluar dan diakhiri juga dengan darah berwarna coklat apabila dihujung haid. Bermula dari keluarnya tanda berwarna coklat tersebut, isteri tidak boleh solat, mengaji dan puasa, ia dikira sebagai haid sehinggalah hari ke 15 (maksimum haid menurut mazhab Shafie). Jika lebih dari 15 hari warna caklat masih kelihatan, ia dikategorikan sebagai darah istihadah (penyakit). Maka selepas tamat 15 hari, isteri tuan dikira suci dan wajib solat dan puasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 388

message user image