BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz, saya ada buang tisu yang digunakan untuk lap najis seperti tahi cicak dan najis cecair yang sedikit dalam plastik sampah, kamudian setelah plastik itu penuh, ianya berair dan bocor jadi saya tidak pasti bahawa air itu terkena tisu yang digunakan untuk lap najis itu dan menyebabkan ianya menjadi najis, saya juga tidak pasti bahawa itu kah plastik yang saya buang plastik itu, kerana ciri plastik itu sama tapi saya lupa bilakah saya buang tisu itu, kemudian saya menganggapnya tidak najis, benarkah tindakan saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apa-apa yang terdapat di dalam plastik sampah adalah benda yang kotor tetapi tidak semestinya ia bernajis. Najis itu perlu diyakini secara zahirnya melalui warnanya, rasanya atau baunya dan bukan sekadar andaian atau tanggapan apatah lagi jika tiada kepastian tentang terdapatnya najis. Oleh itu, air yang menitis dari plastik sampah tersebut adalah suatu kotoran yang tidak dapat dipastikan secara yakin sama ada ianya najis ataupun tidak. Namun ia adalah kotoran yang perlu juga dibersihkan walaupun ianya bukan bernajis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 138

message user image