Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM USTAZ/USTAZAH SAYA ADA 1 SOALAN, HARI TU AYAH SAYA BELI KAIN PELIKAT NAK SEDEKAH DEKAT ORANG GALI KUBUR SEBAB ORANG GALI KUBUR TU TOLONG AYAH SAYA GALI KUBUR ARWAH ATOK SAYA, TAPI SAMPAI SEKARANG AYAH SAYA TIDAK HANTAR LAGI KAIN PELIKAT DEKAT ORANG GALI KUBUR, SOALANNYA BOLEH KE SAYA AMBIK KAIN TU UNTUK SAYA PAKAI HARI-HARI SEDANGKAN KAIN TU AYAH SAYA NAK SEDEKAH DEKAT ORANG GALI KUBUR BOLEH TIDAK?. MOHON PENCERAHAN USTAZ/USTAZAH TERIMA KASIH.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT. Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Pemberian seumpama ini boleh diertikan juga sebagai "hibah". Menurut Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 di bawah Seksyen 2. Tafsiran dinyatakan bahawa “hibah” ertinya sesuatu akad dengan rela hati yang mengandungi penyerahan dan pemindahan hak milik apa-apa harta seseorang kepada orang lain semasa hidupnya tanpa balasan atau ganti rugi yang boleh dinikmati manfaat hartanya mengikut Hukum Syarak.
Berdasarkan kenyataan di atas, sedekah atau "hibah" kain pelikat yang ingin diberikan oleh bapa tuan kepada pengali kubur itu masih tidak sempurna pelaksanaannya kerana belum berlaku penyerahan dan pemindahan hak milik. Maka tidak menjadi kesalahan untuk untuk pihak tuan menggunakan kain pelikat tersebut setelah mendapat keizinan daripada bapa tuan.. Walaubagaimanapun, amatlah digalakkan agar tuan sebagai anak dapat melunaskan hasrat bapa tuan untuk menyerahkan sedekah bapa tuan kepada pengali kubur tersebut agar pahala sedekah itu dapat mengalir dan diterima oleh Allah SWT.
والله أعلم بالصواب