Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.Saya ingin bertanya tentang ibu susuan. Abang ipar saya iaitu abang kepada suami saya ada mengambil anak angkat lelaki usia 3 bulan dan perempuan usia telah berusia 1tahun ++.. Baru² ini saya melahirkan bayi perempuan dan mereka meminta saya untuk menyusukan bayi lelaki tersebut. Saya ada menyusukan 1x bayi tersebut tapi dalam jumlah yang sedikit.
Jarak kami jauh iaitu saya di Selangor dan abang ipar di Johor. Waktu mereka balik ke Selangor, bayi lelaki itu telah diserahkan kepada saya untuk disusukan semalam. Seingat saya dari jam 5ptg sehingga 6pg sahaja bayi itu bersama saya. Saya ada beri susu dalam 3@4 kali tapi saya rasa bayi itu tidak kenyang... Sebabnya dia hanya hisap pada awalnya shj kemudian melepaskan... Saya telah cuba beberapa kali supaya dia menyambung susuan tapi dia menolak sambil menangis semahu²nya. Lalu suami membuat susu formula dan bayi itu tidur dengan sangat lena kekenyangan.. Soalan saya.
1.Adakah bayi ini sah sebagai anak susuan saya kerana menolak untuk terus disusukan dan kenyang kerana susu formula ?
2.Jika dia anak susuan saya, bermakna dia haram berkahwin dengan saya, anak perempuan saya, ibu saya, adik bradik perempuan saya..selain yang saya nyatakan siapakah lagi yang haram dikahwini??
3.Bagaimana pula dengan keluarga bayi tersebut.. adik bradik seibunya, saudaranya, bolehkah berkahwin dengan keluarga dari saya?
4.Apakah pula status aurat/perkahwinan biras(isteri abg ipar) saya dan bayi lelaki tersebut?
Terima kasih. Saya mohon penjelasan dan pencerahan.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Bagi mengesahkan seseorang bayi itu sah menjadi anak susuan sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak, hendaklah mencukupi syarat-syarat berikut:
(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; dan hendaklah setiap kali susuan itu mengenyangkan;
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya kerana untuk sabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak. Antara syarat yang ditetapkan adalah kuantiti susu ibu itu hendaklah lebih banyak dari bahan lain.
Rujukan penuh fatwa seperti link berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/267-hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat
Justeru, berdasarkan kepada kenyataan dan gambaran yang puan berikan, bayi lelaki tersebut tidak menjadi anak susuan puan sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak. Ini kerana, ia tidak memenuhi syarat pertama yang ditetapkan iaitu 5 kali susuan yang mengenyangkan.
Sehubungan itu hukum kemahraman di antara ibu susuan dan anak susuan terhadap puan belum mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak.
الله أعلم بالصواب