BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum sahibus samahah mufti @ admin...saya ada persoalan...benarkah sekiranya kita berselawat, ia pasti akan diterima oleh Allah walaupun dalam keadaan terpaksa atau dalam keadaan riyak? mohon penjelasan...syukran jazilan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

 

Merujuk kepada persoalan saudara, benarlah sesungguhnya tuntutan untuk berselawat itu adalah suruhan Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 56:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." 

Justeru, penerimaan amalan dan pemberian pahala atau ganjaran bagi orang yang berselawat adalah hak mutlak Allah SWT. Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah patuh dan taat suruhan Allah SWT untuk sentiasa berselawat walaupun dilaksanakan dalam keadan terpaksa atau riya'. Namun, soal hati manusia, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sesama manusia tidak boleh menghakimi manusia yang lain. Oleh itu, kita juga dilarang berprasangka atau hasad dengan amalan yang dilakukan oleh orang lain. Dalam kita melaksanakan perkara kebaikan, lakukanlah sebanyak yang mungkin, kerana kebaikan itu akan berbalik kepada diri sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk : 7

إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ

Maksudnya: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga" 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 118

message user image