BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Boleh bagi pencerahan tak?

Saya bercerai dengan ex suami pada feb 2020..mempunyai 2 anak perempuann

 Dan pada 7 nov 2021 kami bernikah semula. Bulan 12 saya dapati saya hamil dan saya jangka hamil sebelum nikah. Sebab due date pada 12 may 2022...

Memang kami ada terlanjur sebelum nikah tu dan kami telah bertaubat nasuha. Persoalannya adakah nikah kami sah?

Dan adakah anak yang bakal lahir tu boleh berbin / bintikan suami saya?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

1) Merujuk kepada soalan puan, pernikahan tersebut adalah sah sekiranya memenuhi semua rukun dan syarat sah pernikahan walaupun sedang mengandung semasa pernikahan berlaku.

Ini berdasarkan kepada Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 yang telah membincangkan hukum Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahi.

2) Berkenaan perkara ini, fatwa negeri Selangor telah mengeluarkan garis panduan mengenai anak tak sah taraf menurut hukum syara’ iaitu : -

  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara’.
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara’.

 Rujukan fatwa ; https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/101-fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara

Kesimpulannya,

  1. anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
  2.  anak tak sah taraf tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.
  3. anak tak sah taraf tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali adik-beradik perempuannya kerana wali hanya daripada kerabat/nasab bapa sahaja.
  4. anak tak sah taraf tidak boleh pusaka dan mempusakai harta.

Justeru itu, garis panduan mengenai anak tak sah taraf di atas adalah menjawab kepada persoalan puan. Iaitu anak zina walaupun lahir selepas 6 bulan daripada imkan ad dukhul (kemungkinan boleh berlaku hubungan kelamin) selepas tarikh nikah pasangan dan ada bukti dari segi syara’ melalui pengakuan pasangan atau saksi, maka anak tersebut tetap anak tidak sah taraf. 

Walau bagaimanapun, bagi kes tiada kepastian sama ada bayi tersebut dikandungkan sebelum pernikahan dan tiada ikrar mana-mana pihak walaupun jelas berlaku perzinaan sebelum pernikahan, maka ia tidak termasuk dalam takrifan anak tak sah taraf menurut Fatwa Negeri Selangor berhubung Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf.   

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 73

message user image