BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Pada tahun 1993, saya mengerjakan umrah. Semasa melakukan tawaf, wudhu saya batal kerana terkentut. Kerana kurang pengetahuan agama, saya teruskan tawaf kerana sangka boleh lakukan tawaf tanpa wudhu. Adakah saya perlu bayar dam/denda atau apa tindakan yang perlu saya buat atas kesilapan/kesalahan saya itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya rukun umrah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan terus kembali ke tanah air, maka puan masih lagi terikat dengan pantang larang ihram, kerana umrah puan tidak sah disebabkan tidak sahnya tawaf yang dilakukan dalam keadaan berhadath. Justeru, puan hendaklah membatalkan niat umrah tersebut dengan cara membayar dam “Ihsor” iaitu seekor kambing. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image