BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz mudahan utz sihat selalu, saya quarantine satu keluarga kerana anak perempuan saya tinggal serumah positive covid. Dia sarat mengandung telah dibawa ke hospital sg buluh. dia bertanya tentang penggunaan ubat yg berunsur kinzir. ceritanya seperti dibawah. mohon pencerahan ustaz dari penerimaan kita dalam islam.
(drp Nur Atiqah: Abah smlm
Nurse mintak consent tiqah, sape2 yg pregnant ada risk darah beku kat paru2, so utk avoid that happen hari2 kat sini dia akan cucuk tiqah
dgn 1injection ni tp ada unsur khinzir. Memang itu the best nurse kata. Doc pun advice utk elak darah beku di paru2

So utk medical purpose xpe kan bah? dibenarkan rite?

Mohon pencerahan ustaz. terima kasih


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asalnya, berubat menggunakan bahan atau alat yang mengandungi unsur khinzir adalah diharamkan menurut Hukum Syarak kerana khinzir adalah najis dan ia merupakan di antara perkara yang diharamkan umat Islam mengambil manfaat darinya. Perkara ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW. Ummu Salamah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إنَّ اللَّهَ لم يجعَلْ شفاءَكُم فيما حرَّمَ عليكُم

Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan perkara yang diharamkan ke atas kamu sebagai penawar bagi kamu.

(Riwayat Ibnu Hibban) 

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang berada dalam keadaan darurat atau tiada pilihan lain untuk menyelamat nyawa melainkan menggunakan ubatan yang mengandungi khinzir maka perkara tersebut diharuskan. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 173: 

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ

Maksudnya: Barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.

Kaedah Fiqah turut menyebut:

الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya: Keadaan Dharurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 154

message user image