Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam SS Dato' dan warga JKMS.
Apakah hukum kebumi janin berusia 4 bulan 10 hari (cukup sifat dan ada tanda hidup seketika melalui pergerakan) secara terlentang?
Jika telah dikebumikan adakah wajib dibongkar semula bagi mengubah posisi janin ke arah menghadap kiblat?
Jazakumullah.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Menurut para ulama' tidak dibenarkan menggali semua kubur melainkan mempunyai alasan-alasan yang tertentu. Ini berdasarkan hadis 'Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya: "Mematahkan tulang yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup" (Riwayat Abu Daud)
Para ulama' mengatakan bahawa hadis di atas menunjukkan bahawa seorang muslim mempunyai harga diri, sama ada ia hidup ataupun telah mati. Sehubungan itu, hukum menggali semula dan memindahkan kubur orang Islam adalah haram di sisi syarak melainkan atas sebab-sebab yang dibenarkan seperti berikut, antaranya:-
Maka dalam kes tuan, janin yang telah ditanam secara terlentang mestilah digali semula atas dasar sifat janin yang telah sempurna anggota serta terdapat tanda hidup sebelum kematiannya, untuk dihadapkan ke arah kiblat. Namun, jika janin tersebut diyakini telah rosak dan berubah, maka pada ketika ini tidak perlu digali semula.
والله أعلم بالصواب