Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Terima kasih ustaz/ustazah.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, seseorang wajib menyempurnakan setiap rukun solat sedaya yang termampu bagi memastikan solat yang dilaksanakan sah menurut Hukum Syarak. Keringanan (Rukhsah) hanya diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan (uzur) dalam menyempurnakan sesuatu rukun solat. Takbiratul Ihram wajib dilaksanakan dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan. Sekiranya perkara tersebut tidak disempurnakan, maka solat tidak sah dan wajib diulang semula. Begitulah faedah ilmu yang dipelajari yang bertujuan untuk memastikan ibadah yang dilaksanakan sah dan sempat diganti sebelum terlambat.
والله أعلم بالصواب