BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Seorang isteri mendakwa mendengar suaminya melafazkan cerai. Terapi suami tidak ingat dan menafikan kerana tidak pernah mengeluarkan nya . Suami hanya melafazkan bercerai sekiranya kamu berbuat sesuatu. Mohon penjelasan status cerai tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam kuasa talak diberikan kepada lelaki atau suami. Ini kerana beberapa faktor, antaranya, suami adalah pemimpin bagi wanita dan memegang tanggungjawab besar dalam rumah tangga. Suami juga adalah orang yang diwajibkan menyediakan nafkah buat isteri termasuk pemberian mahar, seterusnya segala bentuk nafkah untuk isteri seperti tempat tinggal, pakaian, makan minum dan kebajikannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 229:

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”  Ayat ini menjelaskan, suami adalah orang yang berkuasa menjatuhkan talak terhadap isterinya.

Walau bagaimanapun, dalam mensabitkan jatuhnya sesuatu talak, ia perlu memenuhi rukun talak.Talak dianggap sah apabila menepati lima rukun talak iaitu :

1. Suami yang menceraikan

2. Sighah (lafaz yang digunakan)

3. Isteri yang diceraikan

4. Wilayah (kuasa talak)

5. Qasad

Merujuk kenyataan puan, oleh kerana berlaku perselisihan dalam isu lafaz talak ini, maka perkara ini hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan. Pihak Mahkamah Syariah akan menjalankan siasatan dan menentukan sama ada jatuh talak ataupun tidak. 

Adapun berkaitan kenyataan suami bahawa dia hanya melafazkan "bercerai sekiranya kamu berbuat sesuatu". Lafaz ini adalah merupakan lafaz taklik dan secara asasnya jika isteri berbuat sesuatu yang dinyatakan oleh suami, maka ianya boleh menyebabkan jatuh talak.

Walaubagimanapun, pengesahan lafaz cerai atau lafaz taklik hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dalam kadar yang segera. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 155

message user image