Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ayah saya telah membeli sebuah rumah secara lelong. Disebabkan tuan rumah (Allahyarhamah) telah meninggal dunia & keluarganya tidak dapat jelaskan pinjaman yg diambil, bank telah lelongkan rumah tersebut dan ayah saya telah membelinya. Keluarga arwah terdiri dari adik perempuannya yang telah berumahtangga serta anak lelaki arwah yang berumur 18/19 tahun. Setelah selesai pindahmilik, adik perempuan arwah & keluarganya pun pindah keluar. Anak lelaki arwah pula telah pindah keluar lebih awal kerana selisih faham dengan makciknya. Beberapa barangan (antaranya kerusi/kusyen) telah ditinggalkan. Mungkin sebab tak mahu atau tak mampu nak sewa lori atau sebab lain, saya tak pasti. Ayah saya telah upah kontraktor untuk robohkan rumah tersebut untuk dibina rumah baru. Kalau tak silap, ayah saya ada pesan pada sedara arwah utk ambil barang2 sebelum kerja2 dimulakn. Sehari/dua hari selepas rumah roboh, saya dan ayah saya telah pergi melihat keadaan. Melihat kerusi2/kusyen yang bersepah & terbiar, ayah telah bawa pulang kerusi2 tersebut. Perkara ini berlaku hampir 20 tahun yg lepas dan ayah saya telah meninggal dunia tahun lepas. Saya ingin bertanya samada halal ke kami ambil kerusi2/kusyen tersebut? Kalau haram, apa yang patut saya lakukan dengan kerusi2/kusyen tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, saudari perlulah merujuk kepada pihak bank yang berkenaan, adakah lelongan tersebut sekali dengan perabutnya. Jika termasuk sekali, maka belian rumah tersebut meliputi semua perabut yang ada di dalamnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.