BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya nak bertanya saya mempunyai was-was yang agak teruk. Saya nak bertanya apabila saya rendam sejadah untuk dibasuh air dia bertukar warna kemudian saya hanya bilas beberapa Kali tetapi air itu Masih berwarna lain jadi saya nak basuh Dalam mesin basuh Dalam perjalanan nak ke mesin basuh air Tu menitis dekat lantai adakah ianya dikira najis sebab saya tidak pasti jika sejadah itu pernah terkena najis atau tidak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sebarang ketidakpastian sesuatu perkara berkaitan terdapatnya najis atau tidak maka ia kekal tidak bernajis sehingga dapat dipastikan dengan yakin terdapatnya najis. Sehubungan itu, air yang menitis pada lantai dari sejadah yang telah pun dibasuh dan dibilas beberapa kali sebelum dibawa ke mesin basuh tersebut tidak najis.

Ini dikuatkan dengan kaedah Fiqh yang berbunyi:

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Bermaksud: Pada asasnya, (hukum) sesuatu itu kekal mengikut keadaan (hukum) asalnya.

Hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci. Manakala najis itu sifat atau keadaan yang mendatang, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan, dan bukan ragu-ragu. 

Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit  was-was pada diri puan yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi  menggelakkan permasalahan yang lebih berat kepada diri puan pada masa akan datang. Perasaan was-was itu adalah gangguan dari syaitan. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan jantung hati.  

Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dijauhi dari penyakit was-was ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 182

message user image