BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya bekerja sebagai penghantat makanan sepenuh masa(grabfood), ada ya g saya amik pesanan dari kedai non muslim yang tiada arak/babi, disini saya ingin menanyakan soalan apakah hukum saya amik pesanan di kedai non muslim yang tiada babi/arak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, pekerjaan perkhidmatan menghantar makanan dari kedai orang bukan Islam yang tidak mengandungi unsur arak atau babi dan tidak mengandungi unsur-unsur yang haram atau syubhah bagi sesuatu pesanan yang diambil, maka tidak berdosa dan pendapatannya adalah halal tanpa perlu menyelidiki perkara-perkara yang tersembunyi.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 148

message user image