BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM PARA PANEL JABATAN MUFTI SELANGOR.

Saya ada soalan berkaitan dengan sesuatu pertandingan..contohnya pertandingan bowling.

Biasanya pertandingan bowling yg dianjurkan...para peserta di minta membayar yuran penyertaan...

Dari kutipan yuran penyertaan itu  sebahagian diguna utk bayar game pada center dan sebahagian lagi digunakan sebagai hadiah pada pemenang.

Apakah hukumnya pertandingan bowling tersebut dan hukumnya hadiah yang diterima itu.. mohon pencerahan para panel   

sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sebagaimana persoalan tuan, perbuatan ini jelas dilarang kerana mengandungi unsur perjudian. Perjudian adalah haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219:

یَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَیۡسِرِۖ قُلۡ فِیهِمَاۤ إِثۡمࣱ كَبِیرࣱ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَاۤ أَكۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَاۗ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Dalam ayat lain, Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Kesimpulannya, mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada para pemenang walaupuan hanya sebahagian sahaja juga dikategorikan sebagai satu bentuk pertaruhan yang diharamkan. Ini kerana ia mengakibatkan kerugian melalui main nasib atas pihak yang kalah. Maka, dicadangkan agar pihak penganjur pertandingan mencari penaja untuk pemberian hadiah kepada para pemenang.

Manakala, yuran peserta digunakan untuk belanja pengurusan pertandingan seperti sewaan tempat pertandingan, peralatan dan lain-lain adalah diharuskan kerana ia bagi manfaat semua yang terlibat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 344

message user image