Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , saya nak bertanya , saya ada terlihat 1 video di youtube "adam m.isa" seorang pengamal perubatan yang mengamalkan perubatan cara "sunan kalijaga" . boleh saya dapatkan kepastian , adakah perubatan itu diiktiraf sebagai perubatan islam ? jika ianya diiktiraf sebagai perubatan islam saya ingin membawa ayah saya untuk mendapatkan rawatan beliau . mohon penjelasan dari pihak tuan . https://www.youtube.com/channel/UC58yrwUCJLN9zCxf6yjDCKQ berikut adalah chanel beliau untuk semakan pihak tuan . terima kasih .
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan pautan yang diberikan tidak dapat dipastikan secara jelas bacaan atau ruqyah yang diamalkan. Di samping itu, amalan perubatan menggunakan jurus-jurus tertentu turut meragukan. Oleh itu, perkara ini memerlukan kajian lebih lanjut dan mendalam sebelum satu hukum berkaitannya dapat diputuskan. Sebarang bentuk perubatan perlulah dipastikan amalan perubatannya dan kaedahnya tidak bercanggah dengan syariat. Secara umumnya, tuan bolehlah dapatkan maklumat berkenaan perkara ini menerusi Garis Panduan Perbomohan yang dikeluarkan oleh JAKIM seperti di link berikut: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_perbomohan_menurut_islam.pdf
Tuan juga boleh merujuk Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, di link berikut: http://tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/amalan/GPPengubatanIslamSept2011.pdf
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.