BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya apakah hukum jika suami asyik menghalau saya dan anak-anak keluar dari rumah dan sering maki hamun serta tidak memberi nafkah zahir dan batin. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suami sepatutnya menjadi pelindung dan penjaga serta memberi nafkah kepada keluarga. Suami dikira berdosa kerana mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak. Sebaiknya, puan bolehlah membuat aduan ini di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran agar dapat diambil tindakan bagi melindungi hak puan dan anak-anak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 159

message user image