Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Apakah hukum bermain pemainan dalam talian membuat karakter/avatar sendiri? Contoh permainannya ialah Zepeto dan Highrise: Virtual Metaverse.
Pemain dapat mencipta avatar 3D yang menyerupai pemain atau berubah menjadi sesiapa pun yang pemain mahu. Dalam dunia tanpa batas, pemain dapat berkawan dengan sesiapa pun dari seluruh dunia, berkongsi gambar dan melengkapkan misi-misi dalam permainan.
Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk persoalan tuan, hukum asal bermain permainan atas talian adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqhiyah yang menyatakan :
Maksudnya : “Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya”.
Namun sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan atas talian itu mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah :
Maksudnya : “Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram”
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.