BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz. Jika dulu jahil dalam bab taharah maknanya menyucikan najis dengan cara yang salah, tetapi sekarang sudah tahu cara yang betul, perlu basuh balik ke satu rumah misalnya pakaian, lantai dan alatan lain? Ke perkara ini dimaaf dan cukup dengan taubat, move on, minta ampun dengan Allah dan berazam untuk sucikan najis dengan cara yang benar pada masa akan datang?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu dibasuh semula satu rumah samada pakaian, lantai dan alatan lain kerana kejahilan dalam bab taharah ini. Oleh itu, atas sebab kejahilan sebelum ini perkara yang lepas dianggap selesai dengan alasan keadaan kejahilan diri sendiri. Justeru itu berdoalah kepada Allah SWT memohon agar diampunkan kesilapan dan kejahilan kita dan diterima segala amal ibadah tersebut oleh Allah SWT atas kekeliruan sebagai hamba-Nya yang kerdil. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 130

message user image