BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam ustaz/ustazah, 

Pada tahun 2018, Kakak sy yg menunaikan haji ada mengirim 1 tong air zam-zam kepada sy melalui sebuah sykt courier. Urusan pengiriman tersebut mengambil masa yang lama menyebabkan sy selalu follow up dengan sykt courier tersebut. Akhirnya sykt courier itu menghantar 1 tong air zam zam kepada saya, tetapi tong tersebut tiada maklumat yang lengkap..spt contoh nama pengirim dan lain2. Tidak berapa lama kemudian, syrkt tersebut menghantar 1 tong lagi kepada saya lengkap dengan info spt nama pengirim dan nama penerima. Daripada situ saya syak, penghantaran pertama adalah sekadar untuk mengelakkan saya daripada terus follow up/membuat aduan. Tong air zam zam yg pertama telah pun saya dan keluarga habis minum sebelum tong kedua sampai. Jadi, saya dan keluarga tidak membuka tong kedua sebab risau tong tersebut adalah hak orang lain. Saya telah cuba menghubungi syrkt courier tersebut agar membawa balik tong kedua tersebut, bagaimanapun tiada respon daripada syrkt courier tersebut. Tong air zam zam tersebut kami simpan dalam stor sementara hendak menghantar balik ke syrkt courier tersebut dan akhirnya kami lupa. Sehinggalah baru2 ini apabila saya mengemas stor, ternampak tong yang berisi air zam2 tersebut.

Soalan saya...apa yang patut saya buat dengan air zam2 tersebut? Bolehkah disedekahkan di surau berhampiran untuk diminum oleh para jemaah surau? Adakah air zam2 tersebut masih elok?

Harap pihak tuan/puan boleh membantu saya dalam hal ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, air zam-zam tersebut boleh diminum kerana ia  adalah pemberian daripada pihak syarikat courier yang menguruskan urusan pengiriman air tersebut. Adalah tidak menjadi halangan dan dibenarkan sekiranya pihak saudari berhajat ingin bersedekah dengan memberikannya kepada jamaah surau. Ia juga bagi mengelakkan pembaziran dan boleh dimanfaatkan bersama. Bagi memastikan air zam zam tersebut masih elok atau tidak, saudari boleh lihat pada tong air tersebut sama ada tercatat tarikh luput atau tidak. Sekiranya tiada, kita boleh andaikan air tersebut sentiasa elok kerana kita faham air zam zam adalah air yang terbaik daripada kurniaan Allah SWT. In shaa Allah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 241

message user image