BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , izin kn sya bertanya ? Sekira nya saya termop taik cicak atau najis yang lain , secara umumnya kita tahu najis pertengahan harus disuci dgn air  . Seterusnya , ia masih meninggalkan kesan adakah saya perlu menyucikan seluruh bilik dgn menyiram air atau sekadar pada tmpt yg berbaki najis .

Adakah makanan yg byk lps digoreng tidak ditutup . contohnya seperti goreng pisang apabila ad najis cicak atau tangan yg berdarah tetapi terlupa dibasuh kita hanya perlu buang mkn yg terkena sahaja atau bagaimana ?

Maaf sekiranya soalan ni kurang menyenangkan

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, jika semata-mata menggunakan mop bagi menghilangkan najis tersebut, maka mop tersebut telah menjadi mutannajis. Jika digunakan mop tersebut ke kawasan yang lain, maka kawasan tersebut turut bernajis disebabkan oleh mop tersebut dan perlu disucikan dengan dialirkan air mutlak padanya.

Bagi isu najis yang terkena makanan sekiranya najis tersebut dapat diasingkan dan makanan itu dari jenis makanan kering maka harus dimakan lebihan makanan setelah dibuang makanan yang terkena najis tersebut. Di dalam hadis ada menyatakan bahawa daripada Maimunah RA katanya;

أنَّ فأرةً وقعت في سمنٍ فماتت ، فسُئلَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عنها ؟ فقالَ : ألقوها وما حولَها وَكُلوهُ

Maksudnya : Bahawa seekor tikus terjatuh di dalam mentega kemudian mati. Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ditanya mengenai hal tersebut, lalu beliau bersabda: "Buanglah tikus tersebut dan yang ada di sekitarnya dan makanlah mentega tersebut." (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas dapat dinyatakan bahawa:

  • Bangkai haiwan itu hukumnya najis.
  • Jika ada sesuatu najis yang masuk atau terkena pada makanan (yang padat / kering / keras), maka buanglah bahagian yang terkena dan sekelilingnya, kemudian makanlah yang lain. 

Adalah lebih baik sekiranya lebihan makanan yang terkena najis dibuang kerana ianya berkemungkinan telah kotor dan tercemar dengan adanya najis padanya yang mana boleh mengakibatkan kemudaratan kepada diri jika dimakan. Sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas makan serta memastikan keadaan makanan yang hendak dimakan terhindar daripada kekotoran.

Namun, jika dari jenis makanan basah seperti sup dan gulai maka makanan tersebut menjadi mutannajis dan haram dimakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 312

message user image