Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum SS mufti @ admin..saya ada persoalan..apakah pandangn mufti berkenaan mereka yang mengambil ayat2 al quran serta meletakkan lagu sebagai background sound dalam video seperti yang banyak berlaku pada hari ini? adakah ia dianggap biadap kerana tidak menjaga kesucian ayat al quran itu..mohon penjelasan syukran jazilan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, kami kemukakan keputusan fatwa Negeri Selangor yang telah diputuskan pada 27 Disember 2012 berkenaan dengan Hukum Mengiringi Bacaan Al-Quran Dengan Muzik Dan Menggunakan Matan Hadith, Terjemahan Al-Quran Serta Terjemahan Hadith Sebagai Lirik Lagu:-
1. Hukum mengiringi bacaan Al-Quran dan matan hadith dengan muzik serta menjadikan ayat-ayat Al-Quran dan matan hadith sebagai lirik lagu adalah diharamkan.
2. Terjemahan Al-Quran dan terjemahan matan hadith harus dijadikan sebagai lirik lagu dengan syarat mematuhi adab-adab yang selaras dengan syarak.
Berdasarkan fatwa tersebut, maka haram hukumnya mengiringi bacaan ayat Al-Quran dan meletakkan lagu sebagai latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
والله أعلم بالصواب