BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya mempunyai 2 soalan berkaitan dengan pesakit buah pinggang yg menjalani rawatan dialysis .

Saya mohon jawapan yang akan diberikan berdasarkan fatwa Negeri Selangor .

1) Berpuasa ketika melakukan hemodialysis , ada kah sah atau tidak ?

2) Solat ketika melakukan rawatan dialysis , ada kah sah atau tidak .

Mohon Pihak Tuan sertakan dari sumber dalil dan nas2 yg dirujuk .

 

Terima Kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Berdasarkan kepada Garis Panduan Bagi Pesakit yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) memutuskan bahawa, rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang sama ada hemodilisis atau peritonealdialisis adalah termasuk rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa. Anda boleh berpuasa semasa rawatan dialisis dilakukan. Adapun, jika tidak berupaya untuk berpuasa pada hari menjalani dialisis, maka harus untuk tidak berpuasa kerana menjalani rawatan. Tetapi hendaklah diqada’ pada hari lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 184:

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya ; (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain” 

Bagi persoalan berkaitan solat pula, solat seseorang yang sedang menjalani rawatan dialisis adalah sah jika memenuhi semua rukun serta syarat sah solat  sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Jika ada kesan darah ketika rawatan maka bersihkanlah terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 207

message user image