BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.!Saya ingin bertanya berkenaan wali. Saya ingin berkahwin tetapi wali nasab saya iaitu ayah kandung mempunyai masalah penyakit amnesia, bolehkah wali berpindah kepada abang kandung?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Amnesia bermaksud keadaan terganggunya daya ingatan atau ketidakmampuan membayangkan masa hadapan dan akan menyebabkan pesakit akan sentiasa terbayang peristiwa yang telah berlaku dan lupa jika bertemu kembali dengan sesuatu yang terlupa tersebut.

Amnesia terbahagi kepada :

  • Amnesia anterograd: kejadian baru dalam ingatan jangka pendek tidak dipindahkan ke ingatan jangka panjang yang kekal. Penderitanya tidak akan boleh mengingat apapun yang berlaku selepas munculnya amnesia ini walaupun baru berlalu sesaat. Tidak dapat disembuhkan dengan terapi (lupa kekal).
  • Amnesia retrogred: ketidakmampuan memunculkan kembali ingatan masa lalu yang lebih dari peristiwa lupa biasa, dan ia dapat disembuhkan dengan terapi

Jika wali nasab iaitu bapa kandung mengalami amnesia yang masih lagi mampu mengenal, sedar dan faham bahawa anaknya akan berkahwin dengan pasangannya walaupun dalam jangka masa yang singkat, maka ketika sedar sekejap itu, wali bapa kandung boleh berwakalah wali kepada imam jurunikah atau abang kandung dan terus dinikahkan pasangan tersebut ketika itu juga atau pada masa yang lain ketika wali itu berada dalam keadaan sedar.

Namun kalau wali berada dalam kategori amnesia anterograd atau lupa kekal dan mendapat pengesahan dari pakar perubatan yang mengesahkan lupa kekal tersebut, maka wali pernikahan boleh berpindah kepada wali ab'ad seterusnya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 147

message user image