Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..tuan,saya ingin brtanya 1 soalan... Sy ada sebuah rmh yg disewakn pd sepasang suami isteri muda..mulanya 4 bln sewa tidak dibayar dengan pelbagai alasan..saya tlh meminta keluar dr rmh namun tidak diendahkan.. Pd bln 4 thn lps mereka balik kampung di kelantan dan tdk dpt pulang ke selangor hampir 5 bln akibat pkp..namun selama 5 bln dikampung sekali pun tidak pernah byr sewa rmh...selama menyewa jg tdk pernah byr bil api n air...jd sy telah menukar mangga pintu semasa mereka dikampung.. Apabila blik ke selangor.. Mereka tdk menghubungi sy sebaliknya cuba memecah pintu pagar hingga rosak.. Namun gagal memasuki rmh...akhirnya mereka pergi dgn barang2 masih dlm rmh.. Sy juga membayar bil api n air yg tak pernah dibayar selama menyewa..smpi skrng sudah 1 thn lbh barang2 masih dlm rmh.. Soalan sy.. Blhkah sy mengambil barang2 yg blh digunakan spti kipas angin, seterika socket n lain sebagai ganti rugi yg saya tanggung.. Utk makluman juga.. Barang2 trsebut tidak smpi 1k..sdngkn hutang mereka pd sy 4k lbh...harap pihak tuan dpt memberi jwpn n ribuan terima kasih sy ucapkan..
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kepada persoalan yang diberikan, sememangnya penyewa telah melakukan kesalahan dengan tidak membayar sewa dan berdegil untuk tidak mahu keluar dari rumah apabila perjanjian tidak dipatuhi. Namun tindakan untuk mengambil barang-barang milik Penyewa di dalam rumah tersebut adalah tidak dibenarkan melainkan ianya telah dimasukkan dalam kontrak perjanjian sewa rumah atau telah dan mendapat keizinan dari penyewa.
Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰلَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.
Kesimpulannya pihak tuan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Penyewa berkenaan dengan tindakan yang akan pihak tuan ambil seperti menggadaikan harta-harta milik penyewa bagi menampung bayaran sewa yang tertunggak serta kos baik pulih rumah tersebut jika ada.
Seandainya Penyewa tidak memberikan kerjasama, tuan perlu mendapatkan bantuan dari pihak yang berkuasa.
والله أعلم بالصواب