BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum w.b.t

Yang dihormati ulama,mufti dan ahli-ahli agama islam sekalian.Ingin saya merujuk kepada pihak tuan berkenaan perihal yang dihadapi oleh saya ditempat kerja.Saya bekerja disalah sebuah kedai menjual pakaian di Genting Highlands.Saya agak menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat fardhu.Beliau(islam)mengingatkan saya dan kami semua terutamanya yang beragama islam supaya solat pada waktu rehat ataupun dalam waktu beberapa jam lagi sebelum habis waktu solat tersebut,supaya tidak menganggu waktu bekerja.Dan maksud beliau lagi kalau dalam waktu bekerja,solat dan kerja,kerja harus diutamakan dahulu.Ini bagi menjimatkan masa supaya kami boleh meningkatkan produktiviti syarikat dan dapat memberikan keuntungan yang lebih lagi.Apakah yang perlu saya lakukan supaya saya tidak melanggar arahan yang dikeluarkan oleh beliau?Saya amat memerlukan bantuan daripada tuan-tuan sekalian.Terima kasih.Alhamdulillah.

Nota:waktu bekerja pagi-malam


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Solat fardhu lima waktu diwajibkan ke atas orang Islam yang mukallaf pada waktu-waktunya yang telah ditetapkan menurut hukum Syarak. Sekiranya majikan memperuntukkan waktu solat dalam waktunya maka ia perlu dipatuhi. Waktu solat adalah bersifat luas muwassa'  dan ia boleh dilaksanakan bermula awal masuk waktu dan berakhir apabila tamat waktu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 103;

إن الصلاة كانت على المؤمنين كتاباً موقوتاً

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu ke atas orang beriman adalah pada masanya yang telah ditentukan.

Tidak dinafikan solat di awal waktu mempunyai kelebihan tersendiri, namun jika seseorang menghadapi kesulitan atau urusan yang tidak dapat dielakkan seperti terikat dengan peraturan bekerja, maka solat boleh dilewatkan sekadar perlu selagi waktunya belum tamat. Dalam hal ini, pihak majikan dan pekerja perlu bertolak ansur serta saling memahami antara satu sama lain berhubung pelepasan waktu solat di tempat kerja untuk menjaga keharmonian bersama.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 151

message user image