BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, saya ingin tanya tentang TALAK. Situasi pertama: Suami isteri berselisih faham suami menyatakan kepada kawannya "Aku cerai dah bini aku" dalam keadaan marah dan dengan niat tapi tidak di ketahui isterinya sehingga dia mengaku pernah cakap macam tu. Situasi kedua: Suami isteri bergaduh di dalam mesej dan isteri cakap "CERAI JE LAH" dan dalam keadaan marah yang tidak terkawal suami kata "Nak cerai, cerailah" tanpa sebarang niat kerana suami tidak dapat mengawal perasaan kerana tertekan. Soalan saya, jatuh ke talak tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan talak, bagi situasi pertama cerai itu jatuh disebabkan lafaz yang sarih iaitu jelas, manakal bagi situasi kedua pula, lafaz ‘’nak cerai, cerailah” boleh membawa kepada jatuhnya talak, kerana lafaz suami mengandungi perkataan cerai. Walaubagaimanapun, kuasa pemutus sama ada jatuh atau tidak talak secara rasmi adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebaiknya suami atau isteri boleh memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan segera. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 259

message user image