Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,ustaz.Saya ada soalan.
Apa hukumnya saya tengok cerita filem luar negeri yang ada unsur LGBT.Cerita tu ada banyak pasal action dan saya minat filem tu sebab banyak scene action.Tapi ada terselit sedikit karakter dan scene LGBT.Jadi apa hukumnya tengok filem yang ada unsur LGBT tpi x ada niat nak tengok scene x elok mcm babak LGBT tu?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita, muslim atau kafir adalah haram dengan ijma’ para ulama'. Hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ali RA;
Maksudnya : Wahai Ali jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua. (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, melihat aurat lelaki dan wanita ajnabiah hukumnya adalah berdosa. Oleh itu hendaklah dijauhi dan bertaubat untuk tidak mengulanginya.
Adalah dinasihatkan supaya tuan mengelakkan daripada menonton filem/drama yang berunsur maksiat, melalaikan dan tidak memberi manfaat. Tuan perlulah menapis program yang bersesuaian untuk diri dan keluarga. Kini, telah wujud siaran-siaran berunsur ilmiah dan Islamik seperti TV al-Hijrah dan sebagainya yang boleh kita pilih untuk ditonton.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.