BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum

Saya ingin bertanya.

Apakah sah mandi wajib sekiranya membuang air besar dan mencuci zakar dan dubur sebelum berniat mandi wajib atau pun dikira sebagai telah membasuh sebahagian anggota badan sebelum niat dan membuat mandi wajib itu tidak sah?

Kerana saya terbaca dari satu artikel disini yang mengatakan seperti ini

"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah."

Jawapan Jabatan Mufti amat dihargai saya

Terima Kasih.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Terdapat 3 Rukun Mandi Wajib iaitu:

  1. Niat mandi wajib atau mengangkat hadas besar. 
  2. Menghilangkan segala kotoran dan najis yang terdapat pada anggota badan.
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk ke semua bahagian lipatan badan, bulu dan sebagainya..

Maka wajib menghilangkan terlebih dahulu segala najis, bendasing atau kotoran yang dapat menghalang air dari sampai ke kulit. Walau bagaimanapun sekiranya  bendasing atau kotoran tersebut sukar untuk ditanggalkan secara sempurna setelah berusaha sedaya upaya menanggalkannya tanpa memudaratkan diri, seperti cat, gam, minyak atau sebagainya, maka ia dimaafkan.

Merujuk kepada persoalan tuan, wajib menghilangkan terlebih dahulu najis pada dubur dan zakar sebelum melaksanakan mandi wajib. Hukumnya sah mandi wajib tuan apabila menghilangkan atau menyucikan terlebih dahulu najis yang ada pada dubur dan zakar sebelum berniat melaksanakan mandi wajib.

Manakala bermula berniat mandi wajib adalah apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Jika seseorang itu berniat lambat atau selepas membasuh salah satu anggota badan juga hukumnya sah, sekiranya seseorang itu membasuh dan meratakan air semula ke salah satu anggota badan sebelum berniat mandi wajib itu tadi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 475

message user image