BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asaalamualaikum saya baca perkara tengtang rumah tangga dan meransang nafsu saya lepastu saya tengok zakat saya tak dak apa2, selang berapa minit saya tengok takdak apa2 lepastu saya rasa tak selesa dekat zakar saya,rasa dia macam tengah tekan air kencing,lepastu saya tengok ada air bertakung dengan jumlah yanh sangat sedikit,saya tak pasti ada air kencing,mazi atau mani saya ada penyakit kencing tak lawas,macam mana perkara ni nak diselesaikan ustaz jikalau situasi tersebut berlaku apakah air yang itu,air tu saya pegang dia macam air biasa tak melekit tapi tak pasti sebab jumlah terlalu sedikit.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Terdapat beberapa jenis cerair yang mungkin keluar melalui saluran kencing lelaki iaitu air kencing, mazi, wadi dan air mani. 

Air kencing merupakan bahan kumuhan cecair semulajadi yang disingkir dari badan. Warna air kencing pada kebiasaannya kuning jernih.

Air mazi merupakan cecair yang keluar sewaktu seseorang merasa terangsang atau berahi. Ciri-ciri air mazi adalah ia berwarna putih jernih, likat dan licin.

Air wadi pula adalah cecair keruh dan pekat yang keluar sama ada selepas kencing atau ketika mengangkat sesuatu yang berat. Ia keluar setitis atau dua titisan sahaja. 

Mana kala air mani adalah cecair yang keluar biasanya secara memancut dengan diiringi rasa lazat atau klimak. Antara ciri-cirinya adalah ia berwarna putih dan pekat, berbau hanyir seperti putih telur apabila kering.    

Kesemua air tersebut adalah najis melainkan air mani yang dianggap suci pada pandangan mashab Syafi'i.

Berdasarkan kepada kenyataan yang saudara berikan, air tersebut merupakan air kencing. Ini kerana saudara sendiri telah kenalpasti bahawa air itu seperti air biasa dan tidak melekit. Ia sama seperti ciri-ciri air kencing. Hukumnya adalah najis mutawassitah. Selain itu air kencing boleh keluar walaupun sedikit-sedikit, tidak berwarna atau bau yang kuat. Tambahan pula, saudara juga mempunyai penyakit kencing tak lawas. Wajib dibersihkan sebelum saudara mengambil wuduk dan pastikan diri dan pakaian suci sebelum menunaikan solat.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 131

message user image