BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum,saya ingin bertanya berkenaan urusan jual beli,saya ada menjalankan perniagaan membeli buah kelapa sawit daripada pekebun-pekebun kecil,buah yang saya beli perlu saya kumpul di pusat belian sehingga mencapai kuantiti yang membolehkan untuk saya hantar ke kilang.Permasalah yang terjadi masa yang diambil untuk mengumpul buah akan memakan masa sehari dimana buah yang dihantar pagi oleh pekebun saya akan hantar ke kilang pada pagi keesokknya,buah yang dikumpul akan dibiarkan di kawasan pengumpulan yg terbuka menyebabkan susut nilai,kebanyakan pembeli buah sawit akan menyiram buah sawit sebelum dihantar ke kilang untuk mengekalkan kesegaran buah.soalan saya boleh ke saya untuk menyiram buah sawit tersebut,jika saya tidak berbuat seperti itu susut nilai akan berlaku dan menyebabkan kerugian pada perniagaan saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menempelak peniaga yang berbuat demikian dalam surah al-Mutaffifin ayat 1-3:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِيْنَۙ الَّذِيْنَ اِذَا اكْتَالُوْا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُوْنَۖ وَاِذَا كَالُوْهُمْ اَوْ وَّزَنُوْهُمْ يُخْسِرُوْنَۗ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan) Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Antara lain dalam  surah al-Isra’ ayat 35:

وَأَوۡفُوا۟ ٱلۡكَیۡلَ إِذَا كِلۡتُمۡ وَزِنُوا۟ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِیمِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِیلࣰا

Maksudnya: Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

Kesimpulannya, sekiranya dengan menyiram air kepada buah sawit tersebut menjamin kesegaran buah dan mengelakkan busuk, ia adalah diharuskan. Namun sekiranya proses tersebut akan menipu timbangan sebenar, ia adalah HARAM.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 140

message user image