BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

 

Pohon pencerahan,

Kalau imam jumaat bacaan Fatihah nya tidak fasih, umpama, huruf ba' pada bismillah nya tak jelas, huruf Sod ditukar kepada sin...apakah sah jumaat nya...atau batal, 

Saya rasa banyak soalan dah saya tanya tapi saya tak tahu apa tindakan menjawab persoalan saya.

Harap kalau ini ada jawapannya.

Terima Kaseh.

Mohon jawapan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, kesalahan tajwid seperti bacaan mad (panjang pendek), ghunnah (dengung) ataupun kesalahan-kesalahan tajwid yang lain, serta kesalahan makhraj bukanlah kesalahan yang membatalkan solat dan kesalahan ini disebut sebagai Lahn al-Khafiy (kesalahan yang tersembunyi). Adapun bacaan yang membatalkan solat adalah bacaan yang boleh merubah makna sesuatu ayat seperti menukar baris ayat, merubah huruf, menambah huruf dan mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid dan sebaliknya. Kesalahan ini dikategorikan sebagai Lahn al-Jaliy (kesalahan yang jelas).

Berhubung situasi yang dinyatakan, sebutan huruf 'ba' yang tidak jelas tidak bermakna meninggalkan bacaan huruf tersebut yang menyebabkan batalnya solat. Begitu juga kesalahan bacaan الصراط dibaca dengan السراط, ia merupakan Lahn al-Jaliy yang dikecualikan dan tidak membatalkan solat kerana terdapat bacaan atau Qiraat Sahih yang membenarkan bacaan tersebut. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 135

message user image