BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Untuk pengetahuan, saya dan isteri bakal menimang cahaya mata kami yang pertama, seorang bayi perempuan insyaAllah. Kami bercadang untuk menamakan anak kami sebagai Nik Marissa binti Nik Aiman. Soalan saya, adakah nama ini nama yg baik dalam Islam? Apakah maksud Marissa dalam bahasa Arab? Bagaimanakah ejaannya yang tepat dalam Arab bagi membawa maksud yang baik? Pencarian saya melalui internet menemukan maksud Marissa iaitu yang bersopan santun. Adakah maksud ini tepat? Harap dapat memberikan tunjuk ajar untuk persoalan saya ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hasil carian pihak kami, tidak terdapat perkataan “Marissa” di dalam bahasa Arab. Justeru, pihak tuan boleh mencari nama lain yang lebih baik dan mempunyai maksud yang baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 104

message user image