BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya sekarang dibawah employment satu Islamic bank dan bekerja di bahagian Company Secretarial Department. Kerja saya adalah administrative in nature and involve attending Board meetings and take minutes of meeting. 

 

Soalan saya adalah, apakah hukum sekiranya saya provide secretarial services kepada -

 

1. holding company Islamic bank tersebut yang mempunyai subidiary conventional bank

2 the conventional bank yang merupakan sister company


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Kami mulakan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ

Maksudnya:  dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Secara asasnya pekerjaan yang dilakukan oleh tuan adalah harus iaitu sekadar berperanan menyediakan minit kepada mesyuarat-mesyurat yang diadakan. Namun hendaklah berhati-hati kerana keterlibatan kita dalam urusan perbankan konversional boleh menyebabkan diri kita mendapat kemurkaan Allah SWT. 

Sewajarnya perlu ada pengasingan tugasan yang jelas di antara perbankan Islam dan pebankan konvensional. 

Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، والْحَرَامَ بَيِّنٌ، وبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat)". (Riwayat Bukhari)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 154

message user image