BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

 

Mohon pencerahan berkenaan kemudahan pinjaman pembelian komputer bagi penjawat awam yang disediakan oleh kerajaan. 

Pinjaman adalah sebanyak RM5000 dan bayaran balik secara potong gaji selama 48 bulan dengan nilai RM113 sebulan. 

 

Kebanyakan yang memohon kemudahan ini hanya membeli quotation dan invoice di kedai tanpa pembelian komputer sebenar untuk digunakan sebagai permohonan pinjaman

 

Apakah hukum tentang pinjaman tersebut dengan pembelian invoice dan quotation yang tiada jual beli komputer sebenar.

Adakah halal / berkat digunakan duit pinjaman tersebut untuk kegunaan lain yang lebih mendesak kerana pinjaman tersebut tetap dibayar tanpa culas sehingga selesai.

Sekian. Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan saudara, sebagai seorang penjawat awam, ia adalah perkara yang melibatkan salah laku integriti yang boleh diambil tindakan tatatertib. Pada masa sama, pelaku tidak berlaku jujur pada diri sendiri serta telah melanggar aku janji sebagai penjawat awam. Perkara tersebut juga merupakan salah satu bentuk penipuan. Sekiranya perkara seumpama ini beraku, dibimbangi hilang keberkatan  pada duit yang diterima. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 246

message user image