BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya.Pada 25Feb2022 yang lepas saya dan suami ada bertengkar dan pada saat itu suami hendak keluar dari rumah sambil mengemas pakaian2 nya. Semasa itu jugak kami sekeluarga disahkan positif covid19 (Kuarantin hari kedua). Saya cuba melarang dan memegang kakinya tanpa lepas.saya berkata jangan keluar tinggalkan saya dan anak2. Sebab sebelum ni dia pernah buat seperti itu, selama 2minggu berturut2 tanpa khabar berita. Setelah lama bergelut dalam keadaan itu, dia minta saya lepaskan pegangan kaki nya tapi saya enggan,saya cakap kita kuarantin, jangan sebab kita orang lain terima akibat. Jdi dia cakap dia tak jadi keluar namun saya tidak percaya. Sehinggalah dia ber taklik dan berkata dengan nada dan keaadaan tenang, 'Ok kalau saya keluar,jatuh talak keatas awak' .

Soalan saya, suami tidak nyatakan 'keluar' itu cuma malam itu atau bila. Tidak jelas.Tapi saya rasa musykil. Pada 27/2/2022, saya tidak pasti waktunya tapi saya sedar suami ada keluar dari rumah.(mungkin cuma membeli rokok dia kedai dan buang sampah sahaja). Jadi apakah taklik tersebut sah ataupun cuma waktu dia lafazkan itu sahaja? 

Mohon pencerahan.

Terima kasih atas bantuan . Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan persoalan,  istilah yang dilafazkan oleh suami puan itu sangat umum dan tiada waktu tertentu yang dinyatakan. Sehubungan itu, penjelasan lanjut  berhubung apa yang dimaksudkan dengan' keluar' semasa suami melafazkan taklik tersebut perlu dibuat. Situasi ini memberi gambaran bahawa sekiranya suami telah keluar rumah dibimbangi taklik tersebut telah dilanggar. Urusan pengesahan sama ada taklik tersebut sah atau tidak adalah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Justeru puan dinasihatkan supaya bersegera ke Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi membuat pengesahan lafaz taklik tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 136

message user image