BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang ujrah atau upah amil yang mengumpul, mengusaha serta menyampaikan harta wakaf. Bolehkah seseorang amil itu mengambil upah daripada harta yang diwakafkan itu? Sebagai contoh, amil mengambil 50 sen daripada Rm 10 daripada harta yang diwakafkan dengan pihak pewakaf mengetahui dan meredhai transaksi tersebut. Cas atau upah dikenakan tersebut digunakan untuk menampung kos pengurusan dan bayaran gaji amil tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Untuk makluman, sebarang usaha untuk mengumpul atau mengurus harta wakaf perlu mendapat kebenaran daripada pihak yang berwajib. Berdasarkan kepada ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015, Seksyen 45. Mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran Majlis atau Perbadanan:
Mana-mana orang yang mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis atau Perbadanan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, adalah tidak dibenarkan kepada amil untuk mengambil upah dari kutipan wang wakaf yang dikumpul. Ini adalah kerana wakaf tersebut telah menjadi milik Allah swt. Walau bagaimanapun, amil boleh mengambil upah dari manfaat wang wakaf tersebut atau sumber-sumber lain. 

والله أعلم بالصواب 

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 76

message user image