BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, kalau saya minta kawan saya belikan barang dikedai untuk diberikan kepada orang susah sebanyak RM100 dengan duitnya dahulu (pinjam), upah kawan saya adalah sebanyak RM10 (upah beli dan hantar kepada orang susah), adakah ketika mana kawan saya beri saya pinjam duit berserta ambil upah itu termasuk larangan (لا يحل سلف وبيع)?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَحِلُّ سَلَفٌ وَبَيْعٌ وَلاَ شَرْطَانِ فِى بَيْعٍ وَلاَ رِبْحُ مَا لَمْ تَضْمَنْ وَلاَ بَيْعُ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ

Maksudnya: Tidaklah halal transaksi hutang yang dicampur dengan transaksi jual beli, tidak boleh ada dua syarat dalam satu transaksi jual beli, tidaklah halal keuntungan yang diperolehi tanpa adanya tanggungjawab untuk menanggung kerugian, dan engkau tidak boleh menjual barang yang bukan milikmu.” (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan kepada situasi yang diberikan oleh tuan, tidak menggambarkan kepada makna hadis yang dinyatakan. Hadis di atas lebih menjurus kepada situasi apabila seseorang tidak dibenarkan memberi pinjaman atau hutang dengan memberikan syarat tambahan sehingga menyebabkan pihak yang meminjam atau berhutang akan menjual atau menyewakan sesuatu kepada pihak pemberi hutang.  Atau pihak yang berhutang disyaratkan perlu membeli ataupun menyewa sesuatu dari pihak pemberi hutang.

Situasi tuan adalah lebih kepada mendahulukan duit rakan bagi urusan jual beli dan upah yang berlaku adalah upah atas usahanya pergi ke kedai.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 152

message user image