BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya, adakah inai lukis yang berada di tangan kalis air? Bagaimanakah hendak mengetahui ianya kalis air? Tapi inai tersebut jika diguna pada kuku dia meresap.bagaimanakah hukumnya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, perbezaan inai kalis air adalah inai tersebut seakan-akan menyalut ke atas permukaan kulit atau kuku manakala inai biasa adalah menyerap ke dalam kulit atau kuku. Oleh itu pemakaian inai kalis air akan menjadikan ibadah tidak sah. Ini adalah kerana, air yang tidak sampai kepada anggota wuduk dan anggota badan ketika mandi wajib atau berwuduk menjadikannya tidak sah ibadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 167

message user image