Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam tuan mufti. Saya hendak bertanyakan soalan.
1. Jika hendak membersihkan najis hukmi, boleh tak guna spray air dengan mengspray air banyak kali smpai air kena pada semua kawadan bernajis. Sebagai contoh, jika terdapat najis hukmi pada katil dan hanya menyucikannya menggunakan spray sahaja. Kerana katil saya bersaiz besar, maka susahlah jika perlu mengalirkan air dan susah juga untuk mengeringkannya. Saya berasa runsing kerana ada yang mengatakan tidak boleh kerana mahu menghilangkan najis, air perlulah 'dialirkan' , dan menggunakan spray lebih kepada merenjis. Tetapi tidak sahkah jika kita spray banyak kali sampai terkena kesemua kawasan bernajis? Saya ingatkan sah kerana bukankah hujan juga datang dalam keadaan menitik?
2. Saya berumur 20 tahun, dan sudah 20 tahun jugalah ibu saya mencuci kesemua baju sekaligus di dalam mesin basuh, termasuk pakaian terkena najis seperti air kencing. Kami kurang faham isu najis selama ini jadi adakah selama ini kami dikira memakai baju bernajis dan menyebabkan ibadah kami tak diterima selama ini? Adakah juga perlu mencuci kesemua baju didalam rumah walaupun dulu tidak mengetahuinya? Saya juga was was dan takut kerana bagaimana jika dulu saya menyentuh baju dengan tangan yang basah dan menyebabkan tangan saya mempunyai najis hukmi, lalu saya menyentuh barang-barangan lain. Apakah yang perlu dilakukan? Ada halaman internet yang mengatakan wajib cuci kesemuanya, akan tetapi saya merasakan sangat sukar untuk melakukannya kerana rumah saya yang sangat besar dan barang yang sangat banyak. Saya takut kerana merasakan najis berada di mana-mana didalam rumah dan menyebabkan saya berasa sukar untuk melakukan ibadah.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد Merujuk kepada persoalan dari pihak puan: 1. Najis hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau,rasa dan juga warna. Cara membersihkannya adalah cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Sebagai contoh najis hukmiyyah adalah seperti air kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya. Maka, cara membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya sekali. Adapun mensuci kawasan terdapat najis hukmiyyah dengan mengunakan kaedah spray yang berisi air mutlak adalah diharuskan dengan syarat air spray itu mengalir di kawasan tekena najis. Ini bermakna perlu spray banyak kali hingga air banyak dan ia kelihatan mengalir atau meresap ke dalam tilam. Air yang merasap ke dalam tilam tadi bolehlah dipindahkah dengan cara meletakkan ke atasnya kain yang boleh menyerap air tersebut lalu diperah keluar. Lakukan demikian beberapa kali hingga rasa bersih. 2. Membasuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam bab menyucikan pakaian. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh para fuqaha di dalam kitab dan fatwa yang muktabar. Metod basuhan yang menggunakan mesin basuh automatik adalah menepati dua kaedah basuhan yang disarankan oleh fuqaha Shāfi‘iyyah iaitu; a) Penggunaan air mutlak yang bersih walaupun kurang daripada dua kolah. b) Berlakunya proses kemasukan air (murur al-mā’) ke dalam pakaian yang dimasukkan lebih awal dalam drum mesin basuh dan mesin dobi, bukan sebaliknya. c) Terbukti berlakunya bilangan (adad) basuhan air beberapa kali untuk menghilangkan kesan najis. Pertukaran air basuhan pertama akan dikeluarkan sebelum air baharu dimasukkan bagi putaran kali kedua. c) Pakaian telah dikeringkan secara putaran (spinning) setelah selesai basuhan berdasarkan mod yang ditetapkan pada kedua-dua mesin. Proses putaran ini menepati kaedah perahan (i’sar) pakaian yang dihukumkan sunat oleh Shāfi‘iyyah dan wajib menurut Hanafiyyah. d) Dari segi pengesanan zat najis dan jenis kesannya, didapati;
Berasaskan prinsip-prinsip di atas, kenyahwujudan najis pada pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh itu sewajarnya telah dianggap bersih dalam konteks ṭahārah sebagai syarat sah ibadat solat, bukan sekadar menghilangkan kotoran najis (izālah al-najāsah) semata-mata. Untuk maklumat lebih lanjut boleh merujuk garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor di pautan berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/Garis%20Panduan%20&%20Penerbitan/Hukum%20Cucian%20Menggunakan%20Mesin%20Basuh%20Automatik%20dan%20Separa%20Automatik.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih. |