BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,nak tanya tentang rongga terbuka dalam suci hadas.Adakah mulut zakar dikira rongga terbuka? Masalahnya jika dikira bukan rongga terbuka,jika air termasuk masa puasa,batallah puasa!?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Antara salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah memasukan sesuatu ke rongga terbuka dengan sengaja seperti mulut, telinga, kemaluan dan dubur. Dalam mazhab al-Syafie, sengaja memasukkan suatu ain, benda fizikal, ke dalam jauh melalui saluran terbuka, tanpa keuzuran, adalah membatalkan puasa.

Merujuk persoalan tuan, sekiranya termasuk sesuatu atau air ke dalam mulut zakar dengan secara tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Semua perbuatan yang membatalkan puasa itu jika tidak disengajakan sebab terlupa, ia tidak merosakkan puasa dan ini diqiaskan kepada makan dan minum. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu terlupa, kemudian dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberi dia makan dan juga minum. (Riwayat al-Bukhari).

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghifari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka. (Riwayat Ibn Majah)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 133

message user image