BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt admin

Saya difahamkan pada tahun 2017, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan keharusan pelaburan PNB dalam ASB. Walau bagaimanapun, tiada fatwa khusus berkaitan hukum pelaburan oleh orang awam di ASB. (Betulkan saya jika saya salah) 

Apakah status hukum semasa terkini orang awam di Selangor membuat pelaburan simpanan mereka di ASB? 

Kerjasama daripada pihak admin amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. 

Jazakumullah. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

Merujuk kepada pertsoalan yang diajukan, hukum  orang awam melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad ASNB adalah harus kerana kadar peratusan patuh syariah telah mencapai 75 % seperti yang disyaratkan dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 iaitu;

"iii. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%".

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada  3 November 2020 setelah mendengar pembentangan daripada pihak PNB dan data-data yang dikemukakan telah memutuskan bahawa:

a) Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad PNB dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana telah mencapai 75% patuh syariah.

b) Hukum ini terpakai dengan syarat PNB mengekalkan peratusan yang ditetapkan. Oleh itu, PNB hendaklah berusaha meningkatkan peratusan sehingga patuh syariah sepenuhnya.

c) PNB hendaklah mengemukakan laporan perkembangan pencapaian patuh syariah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor setiap enam bulan.

Keharusan ini merangkumi kepada orang awam yang berhasrat melabur dalam ASNB.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 177

message user image