BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz/ustazah,

 

Saya pernah bernazar untuk buat kenduri sekiranya pembedahan saya berjaya pada masa lalu. Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan saya sihat sperti sediakala. Soalan saya, adakah bila saya kata nak buat kenduri, maksudnya kena buat kenduri macam kenduri kahwin tu atau setakat jamuan biasa macam belikan kfc/bihun untuk taska/tadika anak saya yang kira-kira ada 20 org pun dikira kenduri? 

Soalan kedua, emak saya baru meninggal. Org kampung nak buat kenduri tahlil untuknya. Kami bukan menerima kenduri tahlil itu sesuatu amalan yang diwajibkan, cuma buat dengan niat untuk bersedekah, merapatkan silaturrahim dan seumpamanya. Soalannya, boleh tak sekiranya saya keluarkan duit poket sndiri untuk perbelanjaan kenduri tersebut dengan niat ini adalah untuk lunaskan nazar saya seperti di atas?

Soalan kedua, saya tau keluarga tak boleh makan kenduri nazar tersebut. maksud keluarga tu adalah saya, suami saya, dan anak2 saya je kan? tak termasuk adik,abg,kakak, mak sedara dan sebagainya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan;

1. Makna kenduri yang dimaksudkan adalah berdasarkan kepada uruf atau kebiasaan yang difahami. Jika memberi makan kepada anak-anak di taska dimaksudkan sebagai jamuan, maka ia bukanlah kenduri.

2. Puan boleh membuat kenduri bagi tujuan menunaikan nazar pada masa yang sama puan menjemput jiran atau ahli kariah untuk membaca tahlil. Puan tidak perlu memberitahu niat puan kepada mereka.

3.  Seandainya puan bernazar dengan menentukan makanan tertentu yang tersedia ada untuk dijadikan kenduri, maka puan dan semua ahli keluarga di dalam tanggungjawab puan memberi nafkah kepada mereka tidak boleh memakannya. Namun sekiranya nazar itu bersifat umum, maka ahli keluarga puan boleh turut sama memakannya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 126

message user image