Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan, secara asasnya wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak. Namun begitu selepas dia mati. wasiat tertakluk kepada beberapa syarat yang wajib diikuti sebelum wasiat boleh dilaksanakan, antara syarat tersebut ialah penerima wasiat mestilah bukan dalam kalangan ahli waris, berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris. (Riwayat Abu Daud)
Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat belum meninggal dunia. Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .
Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain. (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat. Persetujuan itu hanya boleh diberikan setelah setiap waris mengetahui jumlah harta pusaka yang berhak diperolehi. Seandainya waris belum baligh, maka persetujuannya hendaklah diminta selepas sampai umur rusd.
Adapun wasiat menghalang mana-mana waris daripada menerima harta pusaka adalah tidak sah menurut syarak. Walau bagaimanapun, waris yang dilarang dari menerima harta pusaka tersebut boleh tanazul atau melepaskan hak atau bahagiannya terhadap harta pusaka tersebut secara suka rela sebagaimana syarat yang dinyatakan di atas.
والله أعلم بالصواب