BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya mempunyai persoalan, jika kita ke Kedai Steamboat, dan akad sewaktu jual beli mengataan hanya boleh di makan di kedai, jika makanan yang di ambil tidak di makan, perlu membayar lebihan makanan tersebut...

 

Persoalan saya, adakah haram makanan jika kita membungkus makanan tersebut tanpa memberitahu si Penjual... 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, dalam situasi tersebut akad jual beli telah jelas menyatakan bahawa pelanggan hanya boleh makan di kedai sahaja dan bagi makanan yang diambil tidak dimakan perlu membayar lebihan makanan tersebut. Sehubungan itu, sebarang tindakan yang diambil, di luar daripada akad tersebut, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada peniaga. Jika dilakukan tanpa mendapatkan pengetahuan dan keizinan daripada penjual, dikhuatiri akan jatuh kepada hukum haram. 

Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 34:

وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Maksudnya: Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. 

Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 المسلمونَ على شروطِهم

Maksudnya: Orang muslim dipegang atas syarat-syarat mereka (perjanjian yang dipersetujui). (Riwayat Abu Daud)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 71

message user image