BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

AAsalamualaikum..

Mudah mudahan pertanyaan saya ini,dipihak Tuan puan dapat menjelaskan dengan persoalan saya ini..

  • emak dan bapak saya dah lebih 20 tahun bercerai hidup dan saya mempunyai 3abang 1adik perempuan..
  • Abang saya yang sulung,ada penyakit skizofrenia..dan dia Duduk dengan bapa saya selepas bercerai dengan emak saya.bertahun lamanya sebelum ni penyakit tak ada mengganggu fikiran dan mental abang saya,cuma sejak akhir akhir ini diipenghujung tahun 2021..penyakit agak mengganggu,sampai kan tahap kesabaran menguji..
  • Emak saya mentah2 menolak untuk menjaga abang saya..Dengan keadaan usia bapa saya yang agak dah berusia,tak mampu untuk melayan kerenah serta bila penyakit datang..
  • abang yang nombor dua anak ramai dan dia pun mempunyai anak syurga,hanya yang dia mampu sahaja.
  • abang yang ketiga jauh jugak duduk dengan keadaan pendamik sekarang,agak susah untuk datang menziarah..
  • Dan adik bongsu pula duduk sekali dengan bapa,abang num 1 dan adik sudah menikah...
  • Rumah saya dengan bapa tak begitu jauh,cuma beza Saya rumah paling hadapan dan bapa pula dipertengahan.
  • Disini saya,pening dengan kedudukan sekarang..emak asyik mintak2 duit yang bapa saya pernah pinjam sedangkan abang saya yang pertama tak pernah tanya keadaan,dan adik perempuan saya bila dia tak boleh untuk handle abang saya.contoh lambat makan ubat,dia akan telefon saya seolah2 macam teruk sangat,bagi saya lah.saya sampaikan berselisih faham dengan suami,terkejar2 pergi tengok..dan adik saya pula seolah2 dia yang masak,dia yang membasuh dan lain2 sedangkan tidak ada apa2 yang dibuat..
  • Diseketika tadi bertekak mulut,seolah2 dia yang penat..dan yang paling saya sedih,dia sanggup bagi tahu bapa saya supaya tak payah pergi jumpa doktor untuk amik ubat.menguasai fikiran bapa saya,kalo pergi jumpa doktor kena bayar rm200.
  • Saya,disini penuh dengan persoalan adakah sekarang saya diuji dengan kental nya.saya mendirikan rumah tangga dengan duda anak1 dan saya belum punyai anak..
  • Harus ke wajib ke,saya yang sudah mendirikan rumah tangga tapi kadang2 saya terpaksa berlebihan menjaga abang saya sehingga keizinan suami saya tidak minta


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam kehidupan berkeluarga ini memang kita akan senantiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada ujian kesenangan apatah lagi ujian kesusahan. Namun semua ujian tersebut adalah satu perkara yang boleh menilai sejauh mana kekuatan dan kekentalan iman kita terhadap apa yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut, ayat 2-3:

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ يُّتۡرَكُوۡۤا اَنۡ يَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَـنُوۡنَ‏ . وَلَقَدۡ فَتَـنَّا الَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِهِمۡ​ فَلَيَـعۡلَمَنَّ اللّٰهُ الَّذِيۡنَ صَدَقُوۡا وَلَيَعۡلَمَنَّ الۡكٰذِبِيۡنَ‏ 

Maksudnya: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’”

Ayat ini menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji oleh Allah SWT. Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya. Ujian bukan saja dirasai orang yang lemah dan miskin, ia juga melanda orang yang kuat dan kaya. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT. Sebenarnya, ujian yang telah ditakdirkan Allah SWT ini, pastinya akan mendekatkan diri seseorang Muslim itu kepada Allah SWT, asal sahaja dia redha dan berusaha sedaya upaya menangani ujian tersebut semampunya.

Dalam memgambil tanggungjawab menjaga abang puan, sekiranya abang puan telah mendirikan rumahtangga, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada keluarganya untuk menjaga abang puan, namun adik beradik yang lain boleh membantu berdasarkan kemampuan masing-masing sama ada dari sudut kewangan, tenaga dan sebagainya. Dan sekiranya abang tersebut belum berumahtangga, maka ahli warisnya di kalangan ibu bapa dan adik beradik lah yang perlu menjaganya. 

Adapun bagi puan yang telah berumahtangga, maka dapatkanlah keizinan suami terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan atau keputusan. Adalah lebih baik agar pasangan suami isteri berbincang dan berusaha membina kefahaman bersama dalam hal pengurusan harta rumahtangga agar tidak timbul sebarang konflik atau rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada berlakunya keretakan dan perpecahan hubungan suami isteri

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 125

message user image