BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. Saya nak bertanya mengenai rakaat Solat tarawih. Kebiasaan rakaat tarawih adalah 8 dan 20 rakaat. Boleh kah dilakukan jika rakaat tarawih hanya 10, 12, dan seterusnya sehingga, 18 disebabkan ada hal atau keletihan. Atau mesti mencukupkan ke 20 rakaat. 

Terima kasih.. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan tuan, menurut Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di Negeri Selangor Solat Sunat Tarawih dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan ini juga merupakan pandangan Jumhur Ulamak iaitu Mazhab Hanafi, dan juga Mazhab Hanbali manakala bagi Mazhab Maliki solat sunat tarawih adalah sebanyak 36 rakaat. Solat yang diniatkan dengan niat tarawih tetapi tidak mencapai jumlah yang dikehendaki sebagaimana pandangan dalam Mazhab Syafie tidaklah menjadi sia-sia dan ianya sah selagimana segala rukun dan syarat dipatuhi. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8:

فَمَنۡ يَّعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرًا يَّرَهٗ ۝ وَمَنۡ يَّعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَّرَهٗ ۝

Maksudnya: Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya, dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: Maka apabila aku melarang kalian dari sesuatu, maka hindarilah, dan bila aku perintahkan kalian dengan suatu perintah maka datangilah/laksanakanlah ia semampu kalian. (Riwayat Al-Bukhari).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 187

message user image