BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.Di sekolah saya ada guru yang mengajar tidak memakai tudung dan pelajar sekelas ada yang tidak memakai tudung.Jadi apabila saya terpandang guru yang mengajar tidak memakai tudung atau pelajar yang tidak memakai tudung,adakah saya berdosa dan kurang pahala puasa jika terpandang banyak kali.Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman dalam kalangan lelaki dan perempuan supaya menjaga maruah diri dan menundukkan pandangan. Firman Allah SWT:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 

MaksudnyaKatakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan(Surah al-Nur:30)

Jarir ibn Abdillah RA meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang memandang wanita secara tidak sengaja, Baginda SAW menjawab:

اصْرِفْ بَصَرَكَ

Maksudnya: Palingkan penglihatanmu. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, hukum melihat wajah lebih-lebih lagi aurat perempuan ajnabi (bukan mahram) adalah haram. Adalah dinasihatkan kepada saudara agar sentiasa menjaga pandangan daripada melihat aurat seseorang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Seandainya terdapat hajat atau dharurah kerana belajar untuk mendapatkan ilmu maka kaedah Fiqah menyatakan:

الضرورة تقدر بقدرها

Maksudnya: Dharurah itu ditetapkan kadarnya (dihadkan batas sempadan) mengikut keperluannya.

Ini bermakna saudara perlu berusaha sedaya mungkin untuk tidak melihat aurat guru atau pelajar perempuan yang lain. Seandainya perkara tersebut tidak dapat dielakkan maka lakukanlah dengan kadar yang minima. Puasa saudara tetap sah dan berpahala, tetapi berdosa jika dilakukan secara sengaja tanpa hajat atau keperluan yang mendesak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 195

message user image