Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
1) Sy nak tanya apa hukum nya pegang pinggan kaca yang ada tulis bone china (biasanya memang diperbuat dari tulang babi) Adakah kita perlu samak tangan kita?
2) Kalau kita pergi rumah orang/balik kg mertua.. masa basuh pinggan ada ternampak pinggan diperbuat dri bone china.. adakah perlu samak? Dan pasti nya tangan tengah basah ketika memegang pinggan tersebut.. Boleh beri pencerahan ..
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat beberapa keputusan seperti berikut
Oleh yang demikian, seandainya diyakini terdapat tulang babi pada kandungan bahan buatan pinggan tersebut, lalu memegangnya dalam keadaan basah, maka wajib disertu tangan tersebut. Namun jika memengangnya dalam keadaan kering, maka tidak perlu menyertunya. Seandainya tidak pasti sama ada memegangnya dalam keadaan basah atau kering, maka tidak perlu disertu kerana tidak meyakini telah bernajis. Ini bersandarkan kepada hukum asal sesuatu perkara itu adalah suci dan ia tidak berubah menjadi bernajis hanya dengan rasa ragu-ragu atau tidak pasti. Kaedah Fiqah menyatakan bahawa:
اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ
Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).
Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan kepada puan untuk menggunakan pinggan yang lain ketika berada di rumah mertua puan dan sebaiknya puan memaklumkan dan menasihati keluarga mertua tentang perkara ini demi kemaslahatan bersama, Oleh itu, mencari sumber yang halal dan menjauhkan diri daripada sebarang keraguan adalah wajib dan moga beroleh keberkatan dalam hidup.
والله أعلم بالصواب