Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam, apa hukum bermain pemainan dalam talian yang ada pretzel?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Berdasarkan persoalan saudara, hukum asal bermain permainan atas talian adalah diharuskan. Ini berpandukan dalam kaedah fiqah:
Maksudnya: “Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya”.
Bagaimanapun apabila diketahui tujuan suatu permainan atas talian itu adalah untuk menyebarkan agama lain selain Islam atau kefahaman yang bertentangan dengan Syara', maka terdapat unsur shubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama selain Islam adalah dilarang. Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan was-was adalah lebih baik sekiranya mengelakkan diri daripada terlibat dalam permainan atas talian ini. Hadis yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain itu, boleh jatuh haram sekiranya permainan atas talian itu membawa kepada perkara haram seperti:
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqah:
Maksudnya: “Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram”.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.